Tentang Kami

Misi Kita

  • Menghasilkan produk bakeri dan minuman yang segar, sedap dan konsisten kualitinya setiap hari.
  • Memberi peluang kepada pelanggan untuk menyesuaikan tempahan mengikut cita rasa dan reka bentuk pilihan mereka. 
  • Menyediakan perkhidmatan mesra, cepat dan profesional bagi memastikan setiap pelanggan berpuas hati.

Visi Kita


Menjadi kedai bakeri pilihan utama komuniti luar bandar yang menawarkan pencuci mulut dan hidangan moden berkualiti tinggi pada harga mampu milik, sambil mencipta pengalaman mesra dan penuh kasih sayang untuk setiap pelanggan.

Nilai Teras

  • Kualiti dan Kejujuran

    Aulia Bakery komited menghasilkan setiap produk dengan bahan berkualiti tinggi dan menjaga kejujuran dalam setiap urusan pelanggan.

  • Kreativiti dan Inovasi

    Kami sentiasa mencipta idea baharu dalam resipi, dekorasi dan penyampaian bagi memberikan pengalaman unik kepada pelanggan.

  • Kasih Sayang dan Layanan Mesra

    Setiap pelanggan dilayan dengan mesra dan penuh kasih, kerana bagi kami setiap kunjungan adalah sebahagian daripada keluarga Aulia Bakery.

  • Mampu Milik untuk Semua

    Kami berpegang pada prinsip bahawa produk berkualiti seharusnya dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dengan harga yang berpatutan.

  • Tanggungjawab dan Amanah

    Setiap tempahan dianggap satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan amanah, ketepatan masa dan hasil kerja terbaik.

Kek yang sempurna bukan sekadar manis di lidah, tetapi meninggalkan haruman dan rasa yang menyentuh jiwa.

Aulia's Bakery

Cara Menempah Atas Talian

Manisan Segar & Tempahan Khas untuk Setiap Detik Istimewa

Pilih Barangan Anda

Buat Bayaran

Kos Penghantaran Percuma

Nikmati Kek Anda

Hubungi Kami Sekarang! +6013-610 1808

Sebarang Pertanyaan , sila hubungi kami segera!

Perlukan Bantuan? Cari Jawapan Disini

Soalan – soalan lazim

  • Berapa lama tempoh untuk menyiapkan kek tempahan khas?

    Kebiasaannya kami memerlukan sekurang-kurangnya 2–3 hari bekerja untuk menyiapkan kek tempahan khas, bergantung kepada reka bentuk dan jumlah tempahan.

  • Adakah Aulia Bakery menerima tempahan last minute?

    Ya, kami menerima tempahan last minute tertakluk kepada ketersediaan dan jenis produk yang diminta. Sila hubungi kami terus untuk pengesahan segera.

  • Bolehkah saya menyesuaikan reka bentuk dan perisa kek?

    Sudah tentu! Pelanggan boleh memilih perisa, saiz dan reka bentuk mengikut citarasa serta tema majlis.

  • Adakah Aulia Bakery menyediakan penghantaran?

    Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar Alor Gajah dan kawasan berhampiran, tertakluk kepada caj penghantaran.

  • Apakah kaedah pembayaran yang diterima?

    Kami menerima pembayaran melalui tunai, pemindahan bank dan e-wallet terpilih.

  • Bagaimana cara untuk membuat tempahan?

    Anda boleh membuat tempahan melalui WhatsApp, panggilan telefon, atau mesej di media sosial kami. Nyatakan tarikh, jenis produk dan keperluan khas anda.

Scroll to Top